Program memasak bubur assyura adalah acara tahunan di Institut Professional Baitumal...Dijalankan sempena tarikh hari assyura iaitu pada 10 muharram setiap tahun...pada tahun ini,ianya dilaksanakan di bawah kelolaan Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Asrama dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Institut Professional Baitumal....Beberapa orang pelajar telah mengambil bahagian dan terlibat secara langsung sebagai ajk pelaksana telah memberikan sumbangan tenaga ...
Tuesday, 27 December 2011
Monday, 26 December 2011
KEJOHANAN BOLAK SEPAK PIALA KETUA EKSUTIF IPB..
pasukan first aider |
ketika rawatan diberikan |
sebelum perlawanan |
antara pasukan yang menyertai |
antara peserta terlibat |
mashem fc |
syahzizou |
syahzizou fc |
bantuan diberikan. |
syahzizou vs staff ipb |
penjaga gol |
assalamualaikum....untuk kali ini saya akan berkongsi pengalaman semasa bertugas di kompleks sukan kg pandan,kuala lumpur,sebagai first aider bersama beberapa rakan...acara yang berlangsung sepanjang hari itu adalah bertujuan untuk merebut piala ketua ekskutif institut professional baitumal....terdapat beberapa peserta mengalami kecederaan sepanjang acara tersebut berlangsung....namun itu semua dapat diatasi atas segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang kami menjadi ahli bulan sabit merah malaysia....apa yang penting,kami dapat pengalaman yang mungkin tidak boleh didapati di mana-mana...segala pahit dan manis sepanjang kami bertugas menjadai semangat dan kekuatan kami untuk membantu insan yang memerlukan bantuan...mungkin ada yang menganggap ianya satu perkara yang sia-sia,namun bagi kami ianya sesuatu yang berharga lebih dari ni,lai mata wang itu sendiri...apa yang penting,kerjasama dan ukhwah antara semua penolong cemas yang bertugas...sebagai satu perkongsian,saya sertakan beberapa gambar sepanjang acara tersebut berlangsung...gambar ini diperolehi daripada kelab sidang redaksi IPB...
Wednesday, 14 December 2011
FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK SEDUNIA...
Assalamualikum dan salam sejahtera...Bertemu kita sekali lagi dalam edisi terbaru risalah fanatic green edisi disember 2011...Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman semasa menyaksikan satu persembahan daripada kanak-kanak kecil berbakat besar yang hadir dari pelbagai bangsa dan pelosok negara semaata-mata di atas satu tujuan dan motif iaitu untuk memperkenalkan budaya dan seni daripada negara mereka....Festival itu berlangsung bermula 8- 11 disember 2011,bertempat di Panggung Sari,Istana Budaya,Kuala LumpUR Malaysia..Beberapa negara telah mengambil bahagian dalam festival tersebut...Antaranyaa adalah Korea,Singapura,Qatar dan tuan rumah festival tersebut iaitu Malaysia....Pelbagai jenis seni dan persembahan dapat kita saksikan ....Festival ini secara tidak langsung dapat mendekat rakyat Mlayasia khususnya kepada budaya dan seni bangsa yang terdapat di luar negara...Juga secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan kita terhadap pengetahuan am mengenai cara kehidupan dan keunikkan bangsa yang ada....Festival ini juga dapat menaikkan industri pelancongan kita,tanpa kita sedari....Setiap yang ber=laku itu pasti ada hikmah di sebaliknya....Maka tidak hairanlah jika rakyat negara lain mampu mengenali budaya dana adab sopan negara kita dan secara tidak langsung menjadi contoh dan tauladan kepada mereka tatkala diri telah berpijak ke tanah tumpah darah mereka....Hakikatnya,pelbagai kebaikkan dan pelajaran dapat kita ambil daripada festival...Bak kata pepatah,buang yang keruh,ambil yang jernih....sekadar ini nukilan saya untuk kali ini ...Bertemu dalam lembaran akan datang....Wassalam....
Thursday, 17 November 2011
SETELAH SEKIAN LAMA....
ASSALAMUALIKUM....RSANYA DAH LAMA SAYA TIDAK MENULIS CORETAN DI DALAM BLOG INI....ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH MINGGU IKATAN SISWA YANG TELAH SAYA SERTAI....PELBAGAI AKTIVITI DAN PROGRAM TELAH DIJALANKAN....SEMUANYA MENARIK DENGAN PENERAPAN TIGA ELEMEN IAITU SILATURRAHIM,KEPIMPINAN DAN SIKAP....PARA FASILITATOR DAN URUSETIA TELAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA DENGAN BAIK SEKALI...SYABAS DIUCAPKAN...SUSUNAN SEPULUH JARI DIHULUR SEKIRANYA DIRI INI MELAKUKAN KETELANJURAN PERBUATAN SERTA TUTUR KATA...SEMOGA UKHWAH YANG TERBINA BERKEKALAN SELAMANYA....
Monday, 25 July 2011
AKHIRNYA DIRI INI MENINGKAT KE UMUR 18 TAHUN....
ALHAMDULILLAH,SYUKUR KEHADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA TELAH MEMANJANGKAN UMURKU YANG TELAH MENCECAH KE TINGKAT18 PERJALANAN HIDUPKU....TERIMA KASIH WA JAZAKALLAH HU KHIRA KHASIRA AND THANK YOU KAMHASAMIDA SAYA UCAPKAN KEPADA RAKAN RAKAN DI FACEBOOK YANG TELAH MENDOAKAN KEJAYAAN SERTA MEMBERI UCAPAN KEPADA DIRI HAMBA YANG LEMAH INI....SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DI MERCU KEJAYAAN DALAM HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT SERTA DIBERKATI DAN DIREDHOI OLEH ALLAH SUBHANAHU WATAALA...MOGA KITA SEMUA DILIMPAHI DENGAN RAHMATNYA DAN DIGOLONGKAN DALAM GOLONGAN ORANG YANG BERIMAN DAN SENTIASA DI BAWAH JAGAANNYA...AMIN YA RABBAL A'LAMIN...TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA SEKALI LAGI SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA RAKAN RAKAN SAYA...SEKIAN,WASSALAM...
Friday, 10 June 2011
UJIAN DAN DUGAAN....
KADANG-KADANG DALAM HIDUP INI APA YANG KITA MAHUKAN TIDAK SEMESTINYA AKAN TERCAPAI...MUNGKIN ALLAH SWT MERANCANG UNTUK KITA PERKARA YANG BAIK,TETAPI KITA TIDAK DAPAT MENERIMANYA...WALHAL,TAKDIR ALLAH ADALAH YANG SEBAIK-BAIKNYA...MUNGKIN DARI SITU KITA BELAJAR SESUATU...DALAM MASA YANG SAMA,KITA CUBA UNTUK MEMBUAT HATI KITA TABAH MENERIMA HAKIKAT....MUNGKIN PADA LUARAN MEREKA YANG BERADA DI SEKELILING KITA AKAN MELIHAT KETABAHAN KITA DARI LUARAN,NAMUN HANYA DIA YANG MENGETAHUI SEGALA-GALANYA....KITA SEBAGAI HAMBA YANG LEMAH HANYA MAMPU MENERIMA APA YANG DITENTUKAN UNTUK KITA...SEMOGA SEGALANYA BERJALAN DENGAN LANCAR...HMM...
Monday, 25 April 2011
MASA SANGAT PANTAS BERLALU....
DALAM DIAM TAK DIAM,KITA SEMUA AKAN MENUJU KE PERINGKAT PENDIDIKAN YANG LEBIH TINGGI...DALAM PADA MASA INI,RAMAI YANG BERCERITA TENTANG JURUSAN YANG AKAN MEREKA PILIH TATKALA INGIN MENYAMBUNG PELAJARAN...MAKA AKAN TERDENGARLAH JURUSAN KEDOKTORAN,KEJURURAWATAN,SAINS AKTUARI,BIOTEKNOLOGI,SYARIAH ISLAMIAH DAN PELBAGAI LAGI...DALAM PADA MASA YANG RAMAI DIANTARA KITA YANG AKAN MENCARI PERTUBUHAN YANG MENAWARKAN BIASISWA...DAN NAMA INSTITUSI AWAM DAN SWASTA AKAN TERKELUAR DARI MULUT KITA...UiTM,UPM,USM,USIM,KUIS,KOLEJ YPC,CYBERNETICS,SEGI KOLEJ,MAHSA UNIVERSITY COLLEGE DAN PELBAGAI LAGI...TIDAK KURANG JUGA ADA YANG MASIH KEMBALI MENGIMBAU KENANGAN KETIKA DI BANGKU SEKOLAH...KENANGAN TERJATUH LALU BANGUN SEMULA,DIDENDA,DIMARAHI OLEH TEMAN-TEMAN DAN KENANGAN DI ASRAMA ADALAH ANTARA KENANGAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN...NAMUN,TANPA KITA SEDARI,UMUR KITA SEMAKIN MENINGKAT....TIODAK KIRA LAH APA YANG KITA LAKUKAN ATAU APA SAJA IMPIAN YANG INGIN DICAPAI,JANGANLAH KITA LUPAKAN ASAL USUL KITA...BAK KATA PEPATAH,DI MANA BUMI DIPIJAK,DISITU LANGIT DIJUNJUNG....
Sunday, 20 March 2011
MAAFKAN KAMI....
ASSALAMUALIKUM...
SEDAR ATAU TIDAK,KEPUTUSAN SPM HAMPIR DIUMUMKAN...PELBAGAI PERASAN PASTI MENGHANTUI RAKAN-RAKAN SEKALIAN TERMASUK DIRI SAYA...JADI,SAYA DI SINI INGIN MEMINTA MAAF SEANDAINYA SAYA ADA MELAKUKAN KESALAHAN SEPANJANG KITA SEMUA BERSAHABAT....SEBAGAI MANUSIA,KITA SEMUA TIDAK AKAN TERLEPAS DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN...JADI,DI KESEMPATAN INI JUGA SAYA INGIN MEMINTA KERJASAMA DARIPADA RAKAN-RAKAN SEMUA AGAR KITA MENDOAKAN KEJAYAAN KITA BERSAMA....KEPADA GURU-GURU YANG TELAH BERSUSAH PAYAH MENDIDIK KAMI SEJAK KAMI BERADA DI TINGKATAN SATU SEHINGGA TINGKATAN LIMA DAN SEBAHAGIAN YANG BERADA DI TINGKATAN ENAM,KAMI UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN HALALKAN SEGALA ILMU YANG TELAH GURU-GURU AJARKAN KEPADA KAMI...KEPADA RAKAN- RAKAN,SAYA BERHARAP AGAR KITA SEMUA SENTIASA MENJALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN WARGA SAMTTAJ DAN MEMBANTU SELAGI UPAYA KITA SEMATA-MATA UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH DAN MEMBALAS JASA GURU-GURU KITA WALAUPUN KITA SEDAR BAHAWA KITA SE,MUA TIDAK DAPAT MEMBALAS JASA GURU-GURU KITA YANG TELAH BANYAK BERKORBAN UNTUK KITA SEMUA....KEPADA GURU-GURU,DOAKAN KEJAYAAN KAMI DAN KAMI MEMOHON BERIBU KEMAAFAN SEANDAINYA KAMI ADA MELAKUKAN KESALAHAN SEPANJANG KITA BERKENLAN....AKHIR KATA,MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA KEPADA YANG MAHA ESA AGAR KITA DIBERI KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT...
SEDAR ATAU TIDAK,KEPUTUSAN SPM HAMPIR DIUMUMKAN...PELBAGAI PERASAN PASTI MENGHANTUI RAKAN-RAKAN SEKALIAN TERMASUK DIRI SAYA...JADI,SAYA DI SINI INGIN MEMINTA MAAF SEANDAINYA SAYA ADA MELAKUKAN KESALAHAN SEPANJANG KITA SEMUA BERSAHABAT....SEBAGAI MANUSIA,KITA SEMUA TIDAK AKAN TERLEPAS DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN...JADI,DI KESEMPATAN INI JUGA SAYA INGIN MEMINTA KERJASAMA DARIPADA RAKAN-RAKAN SEMUA AGAR KITA MENDOAKAN KEJAYAAN KITA BERSAMA....KEPADA GURU-GURU YANG TELAH BERSUSAH PAYAH MENDIDIK KAMI SEJAK KAMI BERADA DI TINGKATAN SATU SEHINGGA TINGKATAN LIMA DAN SEBAHAGIAN YANG BERADA DI TINGKATAN ENAM,KAMI UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN HALALKAN SEGALA ILMU YANG TELAH GURU-GURU AJARKAN KEPADA KAMI...KEPADA RAKAN- RAKAN,SAYA BERHARAP AGAR KITA SEMUA SENTIASA MENJALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN WARGA SAMTTAJ DAN MEMBANTU SELAGI UPAYA KITA SEMATA-MATA UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH DAN MEMBALAS JASA GURU-GURU KITA WALAUPUN KITA SEDAR BAHAWA KITA SE,MUA TIDAK DAPAT MEMBALAS JASA GURU-GURU KITA YANG TELAH BANYAK BERKORBAN UNTUK KITA SEMUA....KEPADA GURU-GURU,DOAKAN KEJAYAAN KAMI DAN KAMI MEMOHON BERIBU KEMAAFAN SEANDAINYA KAMI ADA MELAKUKAN KESALAHAN SEPANJANG KITA BERKENLAN....AKHIR KATA,MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA KEPADA YANG MAHA ESA AGAR KITA DIBERI KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT...
Subscribe to:
Posts (Atom)